Tuesday, June 18, 2013

Thyroid

Apa dia thyroid?

Gejala leher depan bengkak, selalu menggelerat, kuat makan, panas, cepat berpeluh dan mudah marah antara tanda seseorang itu mengalami masalah kelenjar tiroid. Masalah kelenjar tiroid turut menyukarkan seseorang wanita untuk mengandung.

JENIS – JENIS TIROID
===================

1. Hipotiroidisma
=================
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda tidak berfungsi secara optimum sehinggakan hormon-hormon tidak dikeluarkan secukupnya.

Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisma.

Lazimnya, penyakit hipotiroidisma ini disebabkan oleh keradangan pada kelenjar tersebut, dipanggil tiroiditis.

Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto. Penyakit autoimun ini merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid.

Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja dengan lebih kuat.

Akibatnya, kelenjar tersebut membesar dan dipanggil sebagai goiter. Lama kelamaan, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.
Cara pemakanan yang tidak betul juga boleh menyebabkan hipotiroidisma (rujuk pada intisari makanan yang mempunyai kandungan iodin).

Simptom hipotiroid dengan perlahan-lahan akan dirungutkan dan sebab itu juga anda mungkin tidak mempunyai rungutan berbulan-bulan dan juga mungkin bertahun-tahun lamanya walaupun menghidap penyakit hipotiroidisma.

Ujian paras darah hormon tiroid akan dilakukan untuk mengesahkan yang anda sememangnya menghidapi hipotiroidisma. Sekiranya paras hormon adalah normal, mungkin anda mempunyai penyakit-penyakit lain dan ujian lanjutan mungkin diperlukan.

Hormon tiroid akan diberikan kepada anda supaya paras hormon tiroid badan kembali normal dan terdapat kemungkinan anda terpaksa mengambil hormon ini selama-lamanya.

Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala dan ujian darah mungkin dilakukan.

2. Hipertiroidisma
==============
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda mengeluarkan hormon secara berlebihan.

Ini menyebabkan metabolisma badan meningkat. Penyakit ini lazimnya berlaku pada wanita sekitar umur 20 hingga 40 tahun.

Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar ini. Biasanya mata mereka yang menghidapi penyakit ini akan kelihatan seperti mata ikan emas!

Selain itu, ubat yang diambil untuk penyakit hipotiroid juga mungkin menyebabkan hipertiroid, jadi pengawasan doktor amatlah penting.

Penyakit hipertiroid ini boleh juga menyebabkan ‘ribut tiroid’ terutamanya apabila anda mengalami masalah kesihatan lain yang akut. Ribut tiroid ini menyebabkan anda mendapat demam, peningkatan degupan jantung, dan juga perubahan fungsi otak seperti kekusutan pemikiran, sawan, cemas keterlaluan dan mungkin juga menyebabkan koma.

Rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat untuk mengurangkan degupan jantung juga mungkin perlu diberikan.

Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan dengan niat untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid anda. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan yang boleh membantu.

Sekiranya anda mendapati adanya bengkak kecil iaitu nodular pada kelenjar tiroid, pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada ianya kanser ataupun masalah nodular biasa.

Pemeriksaan ultrasound dan juga biopsi ataupun aspirasi menggunakan jarum perlu dilakukan. Rawatan lanjut akan dibincangkan doktor dengan anda semasa lawatan kesihatan susulan.

Sumber ::
Prof Madya Dr Shah Reza Johan Noor
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan,
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
Dipetik dari:

www.utusan.com.my

Bagaimana vitamin Shaklee boleh membantu anda?


Untuk Hyperthyroidisme

- mengandungi protein soya yang mempunyai unsur-unsur estrogen
- kenapa estrogen? estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan
- sangat bagus utk pesakit hyperthyroidisme(terlebih hormon tiroid)
- INFO PENTING : tidak sesuai untuk hipothyroidisme

Untuk Hypotirodisme

VITA-LEA 


- multivitamin yg mempunyai semua vitamin yang baik untuk pesakit hipotyroidisme iaitu IODIN, vitamin A, D, E, B2, B3, B6 dan zink
- Iodine berguna kerana salah satu punca terjadinya hypotyrodisme adalah disebabkan kekurangan iodine.
- vitamin A, D menambah keberkesanan T# (hormon tiroid yg aktif)
- zinc perlu dalam proses penghasilan tiroksin@T4 (hormon tiroid tak aktif) dalam kelenjar thyroid dan proses penukaran T4 kepada T3..

VITAMIN E-KOMPLEKS


- kelebihannya adalah ia mengandungi 10mg Selenium semulajadi
- Selenium perlu untuk penukaran kepada T3 dan mengurangkan antibodi kepada tiroid
- Vitamin E juga bersifat anti-oksidan yang melawan radikal-radikal bebas di mana pesakit hipothyroidisme mempunyai tahap antioksidan yang rendah

No comments:

Post a Comment